carita dolok marik ( apa nak diminat miak zaman ya)

Ada macam Superhero 

Asalamualaikum jgn ator komputer ktk urang apa yang kitak diat bukan  tiang api atau pun tiang telepon yalah kmk dgn abg kmk , lam tahun 1983 darjah 4 mun sik silap masa nak turun sekolah sesi petang masa sik byk kelas jadi bala dak miak byk di bagi duak sesi belah petang dgn belah pagi mun kenak pagi sik apat nak ngando bangun tido mun belah petang sik apat nak main keluar dahlah mun dalam  kul 2,3 petang camya mato bukan main agik kelat mun dah jangkak kul 5 lak putih jak mata nanggar kawan main kat jalan besar eheh dolok marik kmk urang suka main nglayo sia-sia tapi kat kampung jak, sik brani nak kepasar takut sesat mun ndak pasar waktu ya besar ni jak, mun nak main lak ngak tauk  main  guli, main gudi (layang2) main taget, main top (di polah pakey batang buluh) mun dak urang puan main semban, main dango (main pondok2) yalah aktiviti kmk urang sik mcm miak kinek tuk mintak maaf sik sidak maok beraymak kat lopak carik lokan carik sulak ngail gramak geli kata sidak eh.yalah jak hiburan masa ya, kat umah kmk  sik ada TB mun ndak nanggar lak numpang umah urang masa penuh jak bala nanggar TB .



Kitak urang nak tauk sapa gambar atas ya, yalah GREATEST AMERICA HERO, rancang nak glamer waktu lam tahun 1980an marik nang nak ditunggu rancang ya main tapi nanggar TB mah uranglah kmk urang lom ada TB kt kmk sia, ngak urang niggal udak aku jak ada TB apa gik penuh jak umah sidaknya malam ari, koatan minat lak mun mak kepasar masti mesan dgn mak meli baju nak ada gambar hero ya, zaman ya sik hero nglarnya URANG MUDA ya untuk gelaran urang bait2 suka nulong urang, URANG JAIK ya macam dak penjahatlah ada agik carita lain selain  cerita atas tuk.






 Six Million Dollar Man urang MUDA(superhero) nya nama Steve Austin mun jam main memang ada niru stail hero tuk contohnya  mun berikot masti ada bunyi mcm lam cerita ya juak mun sik caya carik cerita tuk lam youtube tanggar masa hero tuk berikot heheh ada bunyi ndak..hehe agik ada juak citer lain macam rancang CUMI DAN CIKI dgn WAZATA ZAIN nama host ceritanya sama mcm rancang ALONG juak mun kinek tuk


Tuk ada ckit Info terbaru dari wazata zain dan cikinya di ambil dari KOSMO



Suara dari perut Wazata Zain

KEBOLEHAN menuturkan suara tujuh watak berbeza adalah keistimewaan Wazata.


KALAU anak-anak kecil kini asyik menonton rancangan kartun seperti Spongebob Squarepants, rakan sebaya mereka pada era 1980-an pasti ternanti-nanti siriCumi & Ciki.
Nostalgia telatah boneka seekor kupu-kupu dan monyet itu tidak sempurna tanpa memori terhadap pengendali watak Cumi dan Ciki iaitu Wazata Zain. Kemampuan beliau menghasilkan suara tanpa menggerakkan bibirnya sememangnya memukau penonton.
Kemampuan menguasai kebolehan ventrilokis ini merupakan hasil gigihnya menimba ilmu di perantauan. Melalui tajaan biasiswa Colombo Plan, Wazata ke Sydney, Australia untuk berguru di bawah tunjuk ajar Profesor Hyes. Wazata mengakui bahawa kursus yang dikutinya pada tahun 1980 itu bukanlah sesuatu yang mudah.
“Seorang ventrilokis perlu mempelajari pelbagai teknik termasuk skil pengawalan pergerakan bibir dan teknik pernafasan dengan mengawal diafragma. Penat dan perit latihan yang terpaksa saya lalui tapi berbaloi,” komen beliau.
Hasilnya, Wazata mampu untuk menuturkan suara tujuh watak berbeza tanpa menggerakkan bibirnya.
Menceritakan lebih lanjut mengenai skil ventrilokis itu, beliau mengatakan bahawa untuk mengeluarkan suara tanpa menggerakkan bibir boleh dilakukan dalam satu tempoh masa sahaja.
“Suara tersebut dikeluarkan dari perut. Lagi lama bertutur menggunakan suara dari perut, semakin penat seseorang itu,” ujar beliau.
Kariernya sebagai seorang ventrilokis menemui noktah pada tahun 1990. Sebelum pemergiannya ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji, ibunya menasihati beliau agar berhenti daripada pekerjaan tersebut.
Menuruti nasihat bonda, Wazata menyerahkan boneka-boneka kesayangannya kepada Muzium Negara.
CIKI, patung boneka yang terkenal pada 1980-an, ibarat sahabat karib Wazata.


Namun begitu, berakhirnya pengendalian siri Cumi & Cikitidak bermaksud Wazata berhenti terus daripada dunia hiburan. Wazata yang juga seorang bekas pegawai di Kementerian Pelajaran turut menulis skrip dan berlakon.
Sitkom Hang Setia di mana Wazata terlibat sebagai penulis skrip dan juga pelakon, terus mengekalkan populariti pelawak veteran ini. Sitkom hasil tangan Wazata juga pernah diperkatakan di Parlimen dek unsur-unsur sindiran halus terhadap ahli politik.
“Saya difahamkan pemimpin negara pun menonton Hang Setia kerana unsur sinis tersebut,” imbau bintang kelahiran RTM ini.
Dalam bidang perfileman, Wazata pernah menjadi pelakon pembantu filem Perawan Malam pada tahun 1988. Baru-baru ini pula, Wazata terlibat dalam penggambaran filem cinta komedi, Syurga Cinta dengan memegang watak sebagai seorang yang alim.
Luar daripada dunia hiburan, Wazata menguruskan sebuah stesen minyak sejak lima tahun lalu.
Suami kepada Salbiah Abd. Gani dan bapa kepada tujuh orang putera ini kini giat melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Selain daripada menjadi Pengerusi Biro Agama dan Dakwah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Wazata turut aktif dalam melakukan kerja-kerja amal dan keagamaan.
Seniman ini merupakan salah seorang anggota Sahabat HUKM dan sedang berusaha mencari dana untuk membantu golongan miskin.
Petikan Dari KOSMO online

Comments

junaidi said…
Gmbr datas, kmk fikir Pak Aji Zai tek? padu wazata Zain

Popular Posts